HALAQAH ASAS ISLAM

Objektif program ini

Program selama setahun ini dilakarkan untuk menyediakan pelajar-pelajar yang ingin melanjutkan pelajaran ke peringkat ilmu agama yang lebih tinggi. Pelajar akan dilengkapkan dengan asas ilmu agama Islam mengikut kaedah  pembelajaran  secara tradisi yang telah diwarisi dan diamalkan  ratusan tahun.

Untuk siapa program ini?

Program ini sesuai bagi mereka yang:

  • tiada asas bahasa Arab dan ingin melanjutkan pengajian ke Tarim, Hadramaut
  • ingin melengkapi diri dengan asas bahasa Arab sebelum melanjutkan diri dalam pengajian Islam yang memerlukan bahasa Arab
  • ingin pelajari matapelajaran yang ditawarkan (sila rujuk pada jadual di bawah)

 

Syarat Kemasukkan

Berumur 13 tahun ke atas

Boleh membaca Al-Quran

(bagi yang belum lancar, perlu hadiri kelas belajar Al-Quran)

 

Maklumat Pengajian

Tarikh bermula: 7 Jan 17

Hari & Waktu:

Isnin – Sabtu

Isnin – Jumaat, 8 pagi – 12 tengah hari (untuk lelaki & perempuan)

152 Still Rd, S 423991 (Dikenali juga sebagai Madrasah Al-Khairiah atau Simply Islam) 

Sabtu 8:30 pagi – 1 petang (perempuan) & 2 – 6 petang (lelaki)

218 Changi Road, #03-08, PKMS Building, S 419737

 

Penilaian

Cara penilaian adalah dengan kehadiran (50%) dan ujian bertulis (50%) berserta penilaian dari guru (keseluruhan).

 

Yuran

Pendaftaran: $80*

Bulanan: $120 (tidak termasuk kitab)

*Sekali pembayaran sahaja.

Pendaftaran Tutup

Tarikh pendaftaran tutup: 31 Dis 16

Siapakah guru-guru yang mengajar di halaqah di Rubat Singapura?

Anda boleh dapati senarai guru-guru yang mengajar di Rubat Singapura di http://rubatsingapura.sg/asatizah/.

Apa yang anda akan pelajari?

Pelajar akan belajar matapelajaran yang dibawah.

Pengajian akan dijalankan dalam bahasa melayu.

Bahasa Arab Nahu Sorof Aqidah
Fiqh Sirah Akhlak Tajwid
PERATURAN PENTING (Sila baca sebelum mendaftar)

Pelajar perlu meletakkan $ 500 pada pihak sekolah sebagai jaminan sebelum bermula sekolah. Sekiranya pelajar melanggar peraturan sekolah, wang penjamin tidak akan dipulangkan. Jaminan ini juga tidak akan dipulangkan sekiranya pelajar tidak melengkapkan keseluruhan kursus.

Pelajar harus mengeluarkan surat cuti sakit (MC) atau kematian sekiranya dia tidak hadir sekolah. Sekolah tidak menerima alasan berbentuk tulisan daripada ibu bapa / penjaga. Surat sakit (MC) atau sijil kematian hendaklah dihantar ke sekolah & guru perlu dimaklumkan. Tidak hadir tanpa alasan yang sah adalah hanya diterima satu kali dalam dua bulan. Jika melebihi itu, ibu bapa akan dimaklumkan. Pelajar hendaklah menepati waktu pada setiap masa. Ibu bapa akan dipanggil jika pelajar itu lewat lebih daripada dua kali dalam sebulan. Denda sebanyak $300 akan dikenakan kepada pelajar jika melebihi 3 kali.

Sekiranya pelajar menarik diri daripada kursus itu, Dia perlu membayar yuran sekolah bagi bulan itu secara penuh dan wang jaminan tidak akan dipulangkan. Ibu bapa akan dimaklumkan mengenai kelakuan buruk seperti masalah akhlaq, kerja rumah belum selesai, dan sebagainya. Denda sebanyak $300 akan dikenakan ke atas kesalahan melebihi 3 kali.

Akan ada 2 kali peperiksaan dalam setahun. Hanya 1 peperiksaan sehari akan ada pada minggu peperiksaan. Pelajar akan diberi 1 hari cuti belajar sebelum minggu peperiksaan bermula. Percutian 1 minggu akan diberikan selepas peperiksaan minggu.

Terma & syarat di atas ditetapkan atas sebab komitmen Asatizah & kita tidak mahu pelajar kehilangan ilmu pengetahuan mereka kerana kekurangan ADAB. Jika anda benar-benar berminat tetapi duit jaminan adalah satu beban untuk anda, sila hubungi kami & kami akan membantu anda, insyaAllah.


Student has to place $500 to the school as a guarantor before the school term begins. Should the student breach any of the regulations, the guarantor money will be forfeited. This guarantor will also be forfeited if the student does not complete the whole course.

The student must produce an MC or death certificate should he is absent from school. The school does not accept any forms of writing from parents/guardians. The MC or death certificate must be submitted to the school & teacher must be informed accordingly. The maximum number of absence without valid reason is one in two months. If it exceeds the number, parents will be informed. The student has to be punctual at all times. Parents will be called if the student is late more than twice. A fine of $300 will be imposed on the 3rd offence.

Should the student withdraw from the course, he/she has to pay the school fee for that month in full on top of the guarantor money will be forfeited. Parents will be informed of bad conduct such as attitude issues, unfinished homework, and its likes. A fine of $300 will be imposed on the 3rd offence.

There will be 2 exam periods in a year. A paper will be held each day during exam week, and students will be given 1 day study leave before the exam week commences. A 1 week holiday will be given after exam week.

The above terms & conditions are set due to the high level of commitment from the Asatizah & we do not want to have the student to lose their knowledge due to lack of ADAB. If you are really interested but the guarantor is a burden for you, please contact us & we will help you out, insyaAllah.

 

 

 

Sila daftar di sini atau di http://tinyurl.com/rsdpc2017

Untuk sembarang pertanyaan, sila hubungi kami melalui rubatsg@gmail.com atau +65 9023 6887.