HALAQAH TA’LIM MINGGUAN

Objektif program ini

Ini adalah program 3 tahun yang terdiri dari pengajian asas dalam agama. Ia bertujuan untuk memupuk generasi baru dengan pengetahuan yang berasaskan kepercayaan, amalan yang istiqamah dan akhlak yang mulia yang akan menyumbang kepada pembangunan identiti masyarakat Islam Singapura. Pengajian ini bertujuan untuk mengembalikan tradisi pembelajaran ilmu Islam secara halaqah dan bersanad dengan menggunakan kitab-kitab turath yang dikarang oleh para ‘Ulama Islam.

Untuk siapa program ini?

Program ini adalah untuk mereka yang ingin mempelajari ilmu asas Islam secara bersanad yang mana ia merangkumi fardha ‘ain dan kifayah.

 

Syarat Kemasukkan

Syarat kemasukkannya adalah boleh membaca Al-Quran

(bagi yang tidak boleh membaca, boleh daftar pengajian mengaji Al-Quran/Iqra bersama kami)

Bagi pelajar yang pernah khatam kitab pada tahun yang pertama, boleh daftar untuk tahun selanjutnya

Maklumat Pengajian

Muslimin

Tarikh bermula: 7 Jan 17

Hari & Waktu: Setiap Sabtu, 2 – 6 petang

Tempat: 218 Changi Road, #03-08, PKMS Building, S(419737)

Muslimah

Tarikh bermula: 7 Jan 17

Hari & Waktu: Setiap Sabtu, 9 pagi – 1 petang

Tempat: 218 Changi Road, #03-08, PKMS Building, S(419737)

 

Penilaian

Cara penilaian adalah dengan kehadiran (80%) dan ujian (20%) berserta penilaian dari guru (keseluruhan).

 

Yuran

Pendaftaran: $50**

Bulanan: $60 (tidak termasuk kitab)

**Sekali pembayaran sahaja. 
Bagi pelajar RS dari program lain, tiada yuran pendaftaran dikenakan.

Pendaftaran Tutup

Tarikh pendaftaran tutup: 31 Dis 16

Siapakah guru-guru yang mengajar di halaqah di Rubat Singapura?

Anda boleh dapati senarai guru-guru yang mengajar di Rubat Singapura di http://rubatsingapura.sg/asatizah/.

 

Apa yang anda akan pelajari?

Pelajar akan belajar matapelajaran yang dibawah.

Pengajian akan dijalankan dalam bahasa melayu.

 

Tahun 1
Aqidah

Durus Tauhid

Fiqh

Risalah Jami’ah

Akhlaq

Ayyuhal Walad

Al-Quran

Tajwid

Tahun 2 Aqidah

 ‘Aqidatul ‘Awam

Fiqh

 Safinatun Najah*

Akhlaq

 Ta’lim Muta’allim

Sirah 

Mukhtasar Nurul Yaqin

Tahun 3 Hadith (Ahkam)

Al-Arba’in An-Nawawi 

Fiqh**

Mukhtasar Latif

Akhlaq

Bidayatul Hidayah

 Hadith & Adzkar

Futuhatul Rabbaniyyah
Syarah Ratib (Attas & Haddad)

  • Program boleh ditukar tanpa memberitahu kepada pelajar
  • *bagi wanita akan baca kitab Tadzkiratul Hadramiyah
  • **bagi wanita akan baca kitab Tarbiyatul Awlad (Fiqhul Usrah)

Sila daftar di sini atau di http://tinyurl.com/rswht2017

Untuk sembarang pertanyaan, sila hubungi kami melalui rubatsg@gmail.com atau +65 9023 6887.