– Blessed Days of –
Muharram
Antara Amalan-Amalan Hari 'Asyura
10 Muharram
10 Muharram adalah hari di mana Allah swt mengampuni Nabi Adam A.S., hari di mana Bahtera Nabi Nuh A.S. berlabuh di gunung al-Judi selepas enam bulan berlayar di lautan, hari di mana Allah swt mengampuni kaum Nabi Yunus A.S, dan hari di mana Allah swt menyelamatkan Nabi Musa A.S. dan kaumnya serta tenggelamkan Fir’aun dan kaumnya.
Mari kita manfaatkan hari yang penuh barakah ini untuk mendekatkan diri kepada Allah swt.
Puasa
Dianjurkan untuk berpuasa pada 9 & 10 Muharram.
Nabi (ﷺ) ditanya mengenai keistimewaan puasa ’Asyura. Baginda (ﷺ) menjawab, “Puasa ’Asyura akan menghapus dosa setahun yang lalu”. [Muslim]
Ibnu Abbas (RA) berkata bahawa ketika Nabi (ﷺ) melakukan puasa hari ’Asyura dan memerintahkan kaum muslimin untuk melakukannya, pada saat itu ada yang berkata, “Wahai Rasulullah, hari ini adalah hari yang diagungkan oleh Yahudi dan Nasrani.” Lantas beliau mengatakan,“Apabila tiba tahun depan–In shaa Allah–kita akan berpuasa pula pada hari kesembilan.” Ibnu Abbas mengatakan, “Belum sampai tahun depan, Nabi (ﷺ) sudah meninggal dunia.” [Muslim]
Belanja keluarga dengan murah hati
Ini tidak hanya bermakna membeli makanan untuk mereka. Perlu menunjukkan belas kasihan Nabi Muhammad ﷺ melalui ajarannya.
Rasulullah (ﷺ) bersabda yang bermaksud: “Barangsiapa yang telah melapangkan ke atas ahli keluarganya pada hari ‘Asyura, Allah akan melapangkan ke atasnya sepanjang tahunnya”. [Bayhaqi]
Baca Hasbalah x70
Baca hasbalah 70 kali. Maka Allah swt melindungimu dari bencana di tahun itu.
حَسْبُنَا اللّٰهُ وَنِعْمَ الْوكِيْل، نِعْمَ الْمَوْلَى وَنِعْمَ النَّصِيْر
Cukuplah Allah menjadi penolong kami dan Allah sebaik-baik pelindung, Dia sebaik-baik pelindung dan sebaik-baik penolong