Skip to content

Rubat Singapura

– Blessed Days of –

Rabi' al-Awwal

Niat-niat menghadiri Majlis Maulid Nabi ﷺ

Dipetik dari kitab Al-Niyyat karya al-Habib Muhammad bin Alwi al-‘Aydrus (Habib Sa’ad)

  1. Aku berniat menghadiri maulid seperti niatnya orang-orang salafussoleh
  2. Dan niat mengagungkan bulan kelahiran Nabi Muhammad ﷺ
  3. Dan niat menambah iman, taqwa, cinta dan dekat kepada Allah dan Rasulullah ﷺ dan orang-orang soleh
  4. Dan niat mengikuti Rasulullah ﷺ secara zahir dan batin dalam perkataan, perbuatan dan niat
  5. Dan niat memperbaiki akhlak-akhlak kita dan adab-adab kita
  6. Dan niat semoga Allah memberi kita rezeki melihat wajah Rasulullah ﷺ secara langsung atau mimpi, di dunia dan akhirat, dan di barzakh dan beliau ridha kepada kita
  7. Dan semua niat yang solihah untuk kebaikan, kelembutan, kesihatan, dan keselamatan