Skip to content

Rubat Singapura

– Blessed Days of –

Safar

Doa Hari Pertama & Rabu Terakhir Bulan Safar

Dinukil daripada perkataan orang-orang soleh bahawa pada akhir Rabu bulan Safar, turun semua bencana yang dibahagikan dalam seluruh tahun. Maka siapa yang menginginkan keselamatan dan perlindungan daripada bencana tersebut, hendaklah dia berdoa pada hari pertama bulan Safar dan Rabu terakhir bulan tersebut dengan doa berikut.

بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَـٰنِ الرَّحِيمِ
Bismillāhir-rahmānir-rahīm
Dengan nama Allah yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang

وَصَلَّى اللّٰهُ عَلَى سَيِّـدِنَا مُحَمَّدٍ، وَعَلَى آلِهِ وَصَحْبِهِ أَجْمَعِيْنَ
Wa sollallahu ‘alā sayyidinā Muhammadin wa ‘alā ālihi wa sohbihi ajma’īn
Semoga Allah melimpahkan selawat kepada Sayyidina Muhammad dan keluarga serta semua para sahabat baginda

أَعُوْذُ بِاللّٰهِ مِنْ شَرِّ هَذَا الزَّمَانِ وَأَهْلِهِ
A’ūdzu billahi min syarri hadzāz-zamāni wa ahlihi
Aku berlindung dengan Allah daripada kejahatan zaman ini dan penduduknya

وَأَعُوْذُ بِجَلَالِكَ وَجَلَالِ وَجْهِكَ, وَكَمَالِ جَلَالِ قُدْسِكَ
wa a’ūdzu bijalālika wa jalāli wajhika, wa kamāli jalāli qudsika
dan aku berlindung dengan keagunganMu dan keagungan kewujudanMu dan kesempurnaan keagungan kesucianMu

أَنْ تُجِيْرَنِيْ وَوَالِدَيَّ وَأَوْلَادِيْ وَأَهْلِيْ وَأَحْبَابِيْ
an tujīranī wa wālidayya wa awlādī wa ahlī wa ahbābī
agar Engkau lindungiku, ibubapaku, anak-anakku, isteriku dan para kekasihku

وَمَا تُحِيْطُهُ شَفَقَةُ قَلْبِيْ مِنْ شَرِّ هَذِهِ السَّنَةِ
wa mā tuhīthuhu syafaqatu qalbī min syarri hadzihis-sanati
serta semua yang aku kasihi daripada kejahatan tahun ini

وَقِنِيْ شَرَّ مَا قَضَيْتَ فِيْهَا، وَاصْرِفْ عَنِّي شَرَّ شَهْرِ صَفَر
Wa qinī syarra mā qadhayta fīhā, wasrif ‘annī syarra sofar
Dan lindungilah aku daripada kejahatan yang Engkau takdirkan pada tahun ini dan jauhkan dariku kejahatan di bulan Safar

يَا كَرِيْمَ النَّظَرِ، وَاخْتِمْ لِيْ فِي هَذَا الشَّهْرِ وَالدَّهْرِ
Ya Karīman-Nadzar, wakhtim lī fī hadzasy-syahri wad-dahri
Wahai Tuhan Yang Maha Pemurah, jadikanlah bagiku akhir dalam bulan dan tahun ini

بِالسَّلَامَةِ وَالْعَافِيَةِ وَالسَّعَادَةِ لِيْ وَلِوَالِدَيَّ وَأَوْلَادِيْ وَأَهْلِيْ
bis-salāmati wal-‘āfiyati was-sa’ādati lī wa liwālidayya wa awlādī wa ahlī
dengan keselamatan, kesihatan, dan kebahagiaan bagiku, ibubapaku, anak-anakku, isteriku

وَمَا تَحُوْطُهُ شَفَقَةُ قَلْبِيْ وَجَمِيْعِ الْمُسْلِمِيْنَ
Wa mā tahūthuhu syafaqatu qalbī wa jami’il-muslimīna
serta semua yang aku cintai dan seluruh kaum muslimin

وَصَلَّى اللّٰهُ تَعَالَى عَلَى سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ وَعَلَى آلِهِ وَصَحْبِهِ وَسَلَّمَ
Wa sollallahu ‘alā sayyidinā Muhammadin wa ‘alā ālihi wa sohbihi wa sallam
Semoga Allah melimpahkan selawat dan salam kepada Sayyidina Muhammad dan keluarga serta para sahabat baginda

Rabu Terakhir Bulan Safar

Baca surah Yasin dan apabila tiba di ayat 58  سَلَـٰمٌۭ قَوْلًۭا مِّن رَّبٍّۢ رَّحِيمٍۢ , ulanginya 313 kali. Setelah selesai membaca surah Yasin, baca doa berikut:

اللّٰهُمَّ صَلِّ عَلَى سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ صَلَاةً تُنْجِيْنَا بِهَا
Allāhumma ṣalli ‘ala Sayyidinā Muḥammadin ṣalātan tunjīnā bihā
Ya Allah limpahkanlah selawat ke atas Sayyidina Muhammad yang menyelamatkan kami

مِنْ جَمِيْعِ الْأَهْوَالِ وَالْآفَاتِ، وَتَقْضِي لَنَا بِهَا
min jamī‘ al-ahwāli wa al-āfāt, wa taqḍī lanā bihā
daripada semua bahaya dan gangguan dan memenuhi untuk kami

جَمِيِْعَ الْحَاجَاتِ، وَتُطَهِّرُنَا بِهَا مِنْ جَمِيْعِ السَّيِّئاتِ
jamī‘ al-ḥājāt, wa tuṭahhirunā bihā min jamī‘ as-sayyī’āt
segala hajat-hajat kami, menyucikan kami daripada semua dosa

وَتَرْفَعُنَا بِهَا أَعْلَى الدَّرَجَات، وَتُبَلِّغُنَا بِهَا
wa tarfa‘unā bihā a‘la ad-darajāt, wa tuballighunā bihā
mengangkat kami ke derajat tertinggi, menyampaikan kami

أَقْصَى الْغَايَاتِ مِنْ جَمِيْعِ الْخَيْرَاتِ فِي
aqṣa al-ghāyāt, min jamī‘ al-khayrāt fi
ke tujuan terjauh berupa seluruh kebaikan di

الْحَيَاةِ وَبَعْد الْمَمَاتِ. اللّٰهُمَّ اصْرِفْ عَنَّا شَرَّ
al-ḥayāti wa ba‘d al mamāt. Allahumma’ṣrif ‘annā sharra
masa hidup dan sesuduh mati. Ya Allah, singkirkan dari kami keburukan

مَا يَنْزِلُ مِنَ السَّمَاءِ، وَمَا يَخْرُجُ مِنَ الْأَرْضِ
mā yanzilu min as-samā’ wa mā yakhruju min al-arḍ
yang turun dari langit dan yang keluar dari bumi.

إِنَّكَ عَلَى كُلِّ شَيْءٍ قَدِيْرٌ، وَصَلَّى اللّٰهُ تَعَالَى
innaka ‘ala kulli shayy’in qadīr, Wa ṣalla Allāhu ta‘āla
Sesungguhnya Engkau Maha Kuasa atas segala sesuatu, dan semoga Allah Ta’ala melimpahkan selawat dan salam

عَلَى سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ وَعَلَى آلِهِ وَصَحْبِهِ وَسَلَّمَ
‘ala Sayyidinā Muḥammadin wa ‘ala ālihi wa ṣaḥbihi wa sallam
 ke atas junjungan kami Muhammad dan keluarga serta para sahabat baginda