Solat Isyraq
Apakah Solat Isyraq?
Solat Isyraq adalah solat sunnat 2 rakaat yang didirikan pada awal waktu Dhuha, iaitu setelah matahari naik kadar segalah (kira-kira 1.5m) atau anggaran 16 minit setelah waktu syuruk.
Daripada Sayyidina Anas bin Malik (R.A.) berkata:
قَالَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ: «مَنْ صَلَّى الْفَجْرَ فِي جَمَاعَةٍ ثُمَّ قَعَدَ يَذْكُرُ اللَّهَ حَتَّى تَطْلُعَ الشَّمْسُ ثُمَّ صَلَّى رَكْعَتَيْنِ كَانَتْ لَهُ كَأَجْرِ حَجَّةٍ وَعُمْرَةٍ» . قَالَ: قَالَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ: «تَامَّةٍ تَامَّةٍ تَامَّةٍ» . رَوَاهُ التِّرْمِذِيُّ
Maksudnya: Rasulullah ﷺ bersabda: Barangsiapa solat Subuh berjemaah, kemudian duduk berzikir mengingati Allah sehingga naik matahari, kemudian mendirikan solat dua rakaat (Solat Sunat Isyraq), maka baginya pahala seperti pahala Haji dan Umrah. Rasulullah ﷺ bersabda: yang sempurna, sempurna, sempurna. [Al-Tirmidzi]
Cara Melaksanakan Solat Isyraq
Dirikan solat 2 rakaat.
- Niat
أُصَلِّي سُنَّةَ الْإِشْرَاقِ رَكْعَتَيْنِ لِلَّهِ تَعَالَى
Aku solat sunnat Isyraq dua rakaat kerana Allah ta’ala - Rakaat pertama
Setelah membaca surah Al-Fatihah, baca surah Al-Kafirun* atau surah selainnya - Rakaat kedua
Setelah membaca surah Al-Fatihah, baca surah Al-Ikhlas* atau surah selainnya - Tashahhud Akhir & Salam
*Disunnahkan membaca surah Al-Kafirun pada rakaat pertama, dan surah Al-Ikhlas pada rakaat kedua
