Solat Sunnah Subuh
Apakah Solat Sunnah Subuh?
Solat sunnat qabliyyah subuh adalah solat sunnat muakkadah (yang amat digalakkan) 2 rakaat yang didirikan setelah masuk waktu subh dan sebelum mendirikan Solat Fardhu Subh.
Daripada Sayyidatina ‘Aisyah RA: Nabi ﷺ bersabda:
رَكْعَتَا الْفَجْرِ خَيْرٌ مِنَ الدُّنْيَا وَمَا فِيهَا
Maksudnya: Dua rakaat fajar adalah lebih baik daripada dunia dan seisinya. [Riwayat Muslim]
Cara Melaksanakan Solat Sunnah Subuh
Dirikan solat 2 rakaat.
- Niat
أُصَلِّي سُنَّةَ الصُّبْحِ رَكْعَتَيْنِ لِلَّهِ تَعَالَى
Aku solat sunnat Subh dua rakaat kerana Allah ta’ala - Rakaat pertama
Setelah membaca surah Al-Fatihah, baca surah Al-Kafirun* atau ayat 136 dari surah al-Baqarah* atau surah selainnya - Rakaat kedua
Setelah membaca surah Al-Fatihah, baca surah Al-Ikhlas* atau ayat 64 dari ali-Imran* atau surah selainnya - Tashahhud Akhir & Salam
*Disunnahkan membaca surah Al-Kafirun pada rakaat pertama, dan surah Al-Ikhlas pada rakaat kedua. Atau membaca ayat 136 dari surah al-Baqarah pada rakaat pertama, dan ayat 64 dari ali-Imran pada rakaat kedua.
