Skip to content

Rubat Singapura

Solat Tasbih

Apakah Solat Tasbih?

Solat sunnat tasbih ialah solat yang di mana dalamnya dibaca tasbih berjumlah 300 kali; 75 kali pada setiap rakaat. Tasbih adalah ucapan zikr Subhānallah dan terdapat pelbagai jenis tambahan variasinya.

Kelebihan Solat Tasbih

Diriwayatkan bahawa Sayyidina Ibn Abbas (R.A.) mengatakan: 

 قَالَ رَسُولُ اللَّهِ ـ صلى الله عليه وسلم ـ لِلْعَبَّاسِ بْنِ عَبْدِ الْمُطَّلِبِ ‏ “‏ يَا عَبَّاسُ يَا عَمَّاهُ أَلاَ أُعْطِيكَ أَلاَ أَمْنَحُكَ أَلاَ أَحْبُوكَ أَلاَ أَفْعَلُ لَكَ عَشْرَ خِصَالٍ إِذَا أَنْتَ فَعَلْتَ ذَلِكَ غَفَرَ اللَّهُ لَكَ ذَنْبَكَ أَوَّلَهُ وَآخِرَهُ وَقَدِيمَهُ وَحَدِيثَهُ وَخَطَأَهُ وَعَمْدَهُ وَصَغِيرَهُ وَكَبِيرَهُ وَسِرَّهُ وَعَلاَنِيَتَهُ عَشْرُ خِصَالٍ أَنْ تُصَلِّيَ أَرْبَعَ رَكَعَاتٍ تَقْرَأُ فِي كُلِّ رَكْعَةٍ بِفَاتِحَةِ الْكِتَابِ وَسُورَةٍ فَإِذَا فَرَغْتَ مِنَ الْقِرَاءَةِ فِي أَوَّلِ رَكْعَةٍ قُلْتَ وَأَنْتَ قَائِمٌ سُبْحَانَ اللَّهِ وَالْحَمْدُ لِلَّهِ وَلاَ إِلَهَ إِلاَّ اللَّهُ وَاللَّهُ أَكْبَرُ خَمْسَ عَشْرَةَ مَرَّةً ثُمَّ تَرْكَعُ فَتَقُولُ وَأَنْتَ رَاكِعٌ عَشْرًا ثُمَّ تَرْفَعُ رَأْسَكَ مِنَ الرُّكُوعِ فَتَقُولُهَا عَشْرًا ثُمَّ تَهْوِي سَاجِدًا فَتَقُولُهَا وَأَنْتَ سَاجِدٌ عَشْرًا ثُمَّ تَرْفَعُ رَأْسَكَ مِنَ السُّجُودِ فَتَقُولُهَا عَشْرًا ثُمَّ تَسْجُدُ فَتَقُولُهَا عَشْرًا ثُمَّ تَرْفَعُ رَأْسَكَ مِنَ السُّجُودِ فَتَقُولُهَا عَشْرًا فَذَلِكَ خَمْسَةٌ وَسَبْعُونَ فِي كُلِّ رَكْعَةٍ تَفْعَلُ فِي أَرْبَعِ رَكَعَاتٍ إِنِ اسْتَطَعْتَ أَنْ تُصَلِّيَهَا فِي كُلِّ يَوْمٍ مَرَّةً فَافْعَلْ فَإِنْ لَمْ تَسْتَطِعْ فَفِي كُلِّ جُمُعَةٍ مَرَّةً فَإِنْ لَمْ تَفْعَلْ فَفِي كُلِّ شَهْرٍ مَرَّةً فَإِنْ لَمْ تَفْعَلْ فَفِي عُمُرِكَ مَرَّةً ‏”‏ ‏.‏

Maksudnya: Rasulullah (ﷺ) berkata kepada (Sayyidina) Abbas bin ‘Abd al-Muthallib: “Wahai bapa saudaraku Abbas, patutkah aku tidak memberikanmu hadiah, patutkah aku tidak memberikanmu sesuatu, patutkah aku tidak memberitahumu tentang sesuatu yang, jika kamu melakukannya, akan menghapuskan sepuluh jenis dosa? Jika kamu melakukannya, Allah akan mengampuni dosa-dosamu, yang pertama dan yang terakhir, yang lama dan yang baru, yang tidak disengaja dan yang disengaja, yang kecil dan yang besar, yang tersembunyi dan yang terbuka; sepuluh jenis dosa. Solat empat rakaat, dan bacalah di setiap rakaatnya Al-Fatihah dan sebuah Surah. Setelah selesai membaca di rakaat pertama, sambil berdiri, katakan: Subhānallah wal-hamdu Lillah wa lā ilāha illallah wallahu Akbar (Maha Suci Allah, segala puji bagi Allah, tidak ada Tuhan selain Allah dan Allah Maha Besar) sebanyak 15 kali. Kemudian ruku’ dan ucapkan 10 kali saat kamu sedang ruku’. Kemudian angkat kepalamu dari ruku’ dan ucapkan 10 kali. Kemudian sujud dan ucapkan 10 kali saat kamu sedang sujud. Kemudian angkat kepalamu dari sujud dan ucapkan 10 kali. Kemudian sujud kembali dan ucapkan 10 kali. Kemudian angkat kepalamu dari sujud dan ucapkan 10 kali. Itu akan menjadi 75 kali dalam setiap rakaat. Lakukan itu di dalam kesemua 4 rakaat. Jika kamu dapat mengerjakannya sekali sehari maka lakukanlah. Jika tidak, maka lakukan pada setiap hari Jumaat; jika tidak, maka sekali sebulan. Jika tidak, maka sekali seumur hidup.’”

Cara Melaksanakan Solat Tasbih

 Solat tasbih boleh dilakukan bila-bila masa sahaja pada waktu siang atau malam, kecuali pada waktu yang diharamkan.
  • Sekiranya didirikan pada waktu siang, maka lebih baik didirikan sebanyak 4 rakaat dengan 1 salam (Seperti solat zuhur contohnya)
  • Sekiranya didirikan pada waktu malam, maka lebih baik didirikan sebanyak 4 rakaat dengan 2 kali salam (Seperti solat subuh dua kali contohnya)
 
  1. Niat
    أُصَلِّيَ سُنَّةَ الطَّسْبِيحِ لِلَّهِ تَعَالَىٰ
    Aku solat sunnat Tasbih kerana Allah ta’ala
  2. Membaca tasbih berikut pada tempat-tempat berikut dengan jumlah berikut pada setiap rakaat:
    1. Berdiri: Tasbih 15 kali
    2. Ruku’: Tasbih 10 kali
    3. I’tidal: Tasbih 10 kali
    4. Sujud Pertama: Tasbih 10 kali
    5. Duduk antara dua sujud: Tasbih 10 kali
    6. Sujud Kedua: Tasbih 10 kali
    7. Duduk istirehat sebelum naik ke rakaat seterusnya (Manakala untuk rakaat yang ada tahiyat, baca tasbih sebelum atau setelah Tahiyat): Tasbih 10 kali

Ucapan Tasbihnya: 

سُبْحَانَ اللهِ وَالْحَمْدُ ِللهِ وَلاَ إِلَهَ إِلاَّ اللهُ وَاللهُ أَكْبَرُ وَلاَ حَوْلَ وَلاَ قُوَّةَ إِلاَّ بِاللهِ الْعَلِيِّ الْعَظِيْمِ
Subhānallah, wal-hamdu lillah, wa lā ilāha illallah, wallahu akbar, wa lā hawla wa lā quwwata illā billahil-‘Aliyyil-‘Adzimi
Maha suci Allah, segala puji bagi Allah, tiada Tuhan selain Allah, Allah Maha Besar, tiada daya dan kekuatan melainkan dengan Allah Yang Maha Tinggi, Maha Besar.

Antara Kelebihan Bertasbih

1. Rasulullah ﷺ bersabda:

كَلِمَتَانِ خَفِيفَتَانِ عَلَى اللِّسَانِ، ثَقِيلَتَانِ فِي الْمِيزَانِ، حَبِيبَتَانِ إِلَى الرَّحْمَنِ: (سُبْحَانَ اللَّهِ وَبِحَمْدِهِ)، (سُبْحانَ اللَّهِ الْعَظِيمِ)

Dua kalimat yang keduanya ringan diucap pada lidah namun berat pada timbangan amal dan disukai oleh Yang Maha Pengasih: Subhānallahi wa bihamdihi, Subhānallahil-‘Azhīm’
[Bukhari & Muslim]

2. Rasulullah ﷺ juga bersabda:

مَنْ قَالَ: سُبْحَانَ اللَّهِ وَبِحَمْدِهِ فِي يَوْمٍ مِائَةَ مَرَّةٍ حُطَّتْ خَطَايَاهُ وَإِنْ كَانَتْ مِثْلَ زَبَدِ الْبَحْرِ

“Barangsiapa yang mengucapkan: Subhānallahi wa bihamdihi 100 kali dalam sehari, kesalahan-kesalahannya dihapuskan walaupun kesalahannya itu sebanyak buih dilautan’’
[Bukhari & Muslim]