Solat Taubat
Apakah Solat Taubat?
Solat Taubat adalah solat sunnat 2 rakaat yang dilakukan oleh seseorang yang menyesal akan dosanya, berhenti melakukannya dan berazam untuk tidak mengulanginya selamanya.
Taubat bererti kembali kepada Allah dengan sebenar-benar kembali. Ia juga bermaksud meninggalkan maksiat.
Dalam sebuah hadis yang diriwayatkan oleh Sayyidina Abu Bakr Al-Siddiq (R.A.) beliau berkata:
سَمِعْتُ رَسُولَ اللَّهِ صلى الله عليه وسلم يَقُولُ ” مَا مِنْ عَبْدٍ يُذْنِبُ ذَنْبًا فَيُحْسِنُ الطُّهُورَ ثُمَّ يَقُومُ فَيُصَلِّي رَكْعَتَيْنِ ثُمَّ يَسْتَغْفِرُ اللَّهَ إِلاَّ غَفَرَ اللَّهُ لَهُ ” . ثُمَّ قَرَأَ هَذِهِ الآيَةَ { وَالَّذِينَ إِذَا فَعَلُوا فَاحِشَةً أَوْ ظَلَمُوا أَنْفُسَهُمْ ذَكَرُوا اللَّهَ } إِلَى آخِرِ الآيَةِ .
Maksudnya: Aku mendengar Rasulullah (ﷺ) bersabda: Tidaklah seorang hamba (Allah) melakukan dosa, kemudian dia bersuci dengan baik, lalu berdiri dan solat dua rakaat, kemudian memohon ampun kepada Allah kecuali Allah mengampuninya. Kemudian dia membaca ayat ini: “Dan orang-orang yang apabila mengerjakan perbuatan keji atau menganiaya diri sendiri, mereka mengingati Allah” [Surah Āli ‘Imran: 135]
Cara Melaksanakan Solat Taubat
- Ambil wudhu dengan sempurna
- Maksudnya mengambil wuduk dengan juga melakukan perkara-perkara sunnah, bukan hanya yang wajib.
- Dirikan solat 2 rakaat
- Niatnya:
أُصَلِّي سُنَّةَ التَّوْبَةِ رَكْعَتَيْنِ لِلَّهِ تَعَالَى
Aku solat sunnat Taubat dua rakaat kerana Allah ta’ala - Membaca surah Al-Kafirun di rakaat yang pertama setelah Al-Fatihah, dan surah Al-Ikhlas di rakaat kedua
- Niatnya:
- Istighfar kepada Allah swt
- Setelah solat 2 rakaat, hendaklah memohon keampunan kepada Allah swt dengan penuh penyesalan atas maksiat yang dilakukannya, berhenti dan meninggalkan maksiat itu dan berazam untuk tidak lakukannya selama-lamanya
