Skip to content

Rubat Singapura

Solat Witr

Apakah Solat Witr?

Solat Witr adalah solat sunnat muakkadah (yang amat digalakkan) yang dilakukan pada waktu malam sebagai penutup solat-solat malam, sama ada ia dilakukan pada awal, tengah, atau akhir malam. Witr bermaksud ganjil. Solat ini dinama Witr kerana bilangan rakaatnya yang ganjil

Diriwayatkan oleh Abdullah Ibn Umar (R.A) bahawa Nabi (ﷺ) bersabda:

اجْعَلُوا آخِرَ صَلاَتِكُمْ بِاللَّيْلِ وِتْرًا

Maksudnya: Jadikanlah solat terakhirmu pada waktu malam solat witir.

Cara Melaksanakan Solat Witr

Terdapat beberapa cara untuk mendirikan solat witr.

  1. Solat Witr 1 Rakaat
  2. Solat Witr 3 rakaat dengan 1 salam (Satu tashahhud sahaja)
  3. Solat Witr 3 rakaat dengan 2 salam
    Maksudnya, mendirikan solat 2 rakaat kemudian beri salam. Kemudian diikuti dengan satu lagi rakaat dan salam.